Tempatan

Ceroboh Tanah Pahang: Aktivis Gesa Dakwa Juga Dalang Yang Bersekongkol

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 27 Julai 2023 – Kerajaan Negeri digesa untuk turut mendakwa dalang yang terlibat dengan pencerobohan tanah haram di negeri ini, menurut aktivis kemasyarakatan, Mohd Shukri Mohd Ramli.

“Dan kita berharap bukan sahaja penceroboh yang didakwa tetapi konco-konco mereka yang terlibat yang bersekongkol ini sebab pencerobohan tidak akan berlaku sewenang-wenangnya. Bukan senang orang nak menceroboh masuk ke dalam hutan dan dia tahu tanah-tanah yang nak diceroboh ini melainkan ada orang dalam, ada pihak-pihak tertentu yang membantu, memberi maklumat, menyediakan pelan yang berbagai-bagai lagi dan mereka ini mendapat imbuhan tiap-tiap bulan,” ujar beliau.

Dakwa beliau, pencerobohan tidak akan berlaku jika tiada maklumat yang disalurkan oleh orang dalam terutama mereka yang bekerja di jabatan yang berkaitan.

Beliau berkata sedemikian bagi mengulas kepada kenyataan YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail baru-baru ini bahawasanya kerajaan Negeri tidak lagi akan memberi kompaun sebaliknya akan terus menghadapkan penceroboh tanah haram ke muka pengadilan.

BACA JUGA: Harga Minyak RON95 Dijangka Turun Ogos Ini

BACA JUGA: Pelajar Dipijak Hingga Cedera Tisu Lembut, Polis Rakam Percakapan 3 Saksi

BACA JUGA: Konsert The 1975: Aktivis LGBT Gesa Gugurkan Pertuduhan Pada Penganjur Serta-Merta

Menurut beliau, keputusan untuk membawa penceroboh tanah haram ke muka pengadilan itu merupakan satu keputusan yang bijak di mana ia dilihat mampu memberi kesan kepada pihak yang berniat untuk menceroboh tanah-tanah di Negeri Pahang.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaan yang sudah banyak dilakukan sebelum ini tidak mampu meredakan isu pencerobohan tanah yang berlaku berikutan ia dilihat semakin berleluasa saban hari.

“Saya sendiri juga mendapat banyak aduan dan laporan daripada rakan-rakan di seluruh negeri tentang ada pencerobohan-pencerobohan yang dah berlaku sekian lama dan tidak dapat dijejaki, dikena lpasti oleh kerajaan Negeri kerana ada pihak-pihak yang berkaitan melindungi mereka ataupun bersekongkol dengan penceroboh-penceroboh ini.”

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru kerajaan Negeri agar mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tentang pihak yang bersekongkol ini kerana kegiatan pencerobohan ini memberikan kerugian kepada pihak kerajaan Negeri.

Justeru, kata beliau keputusan untuk mendakwa penceroboh adalah satu keputusan yang harus disokong oleh rakyat sekali gus menyatakan harapan supaya isu berkenaan dapat dibanteras dengan segera agar kredibiliti kerajaan Negeri diangkat semula dan mendapat sokongan dalam kalangan rakyat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: