Tempatan

Musang King Haram: Tanah Orang Asli Perak Diceroboh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SIMPANG PULAI, 09 Mac 2023 – Ratusan penduduk Kampung Sungai Sinju di Simpang Pulai, Perak, menyatakan tanah adat di perkampungan Orang Asli itu telah diceroboh untuk projek tanaman durian Musang King oleh sebuah syarikat.

Bukan itu sahaja,mereka turut diarah meninggalkan kawasan tersebut bagi memberi laluan kepada projek tersebut.

Menurut Hj Aminuddin Yahaya, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa modus operandi dan model pencerobohan yang berlaku di Perak ini sama seperti di Pahang.

BACA JUGA: Polis Buru Lelaki Conteng Tembok Masjid, Persenda Nabi

BACA JUGA: Perbincangan Mendalam Perlu Sebelum ‘Pisahkan’ Pejabat Peguam Negara’, Pendakwa Raya

BACA JUGA: Penceramah Tanpa Tauliah Boleh Dikenakan Tindakan

“Pastinya apabila pencerobohan yang melibatkan penanaman durian Musang King akan mengingatkan kita pada apa yang berlaku di Pahang. Kerana padah akan keculasan pihak berkuasa, akhirnya mereka berakar umbi dan malah seolah-olah kebal sehingga mendapat pembelaan dari wakil rakyat dan para politikus.”

“Saya tidak menolak kemungkinan bahawa modus operandi dan model pencerobohan yang sama berlaku di Perak ini. Lebih-lebih lagi yang memegang tampuk kekuasaan di negeri ini sama dengan negeri Pahang yang sudah ‘nazak diratah’ penceroboh.”

Tambah aktivis itu, beliau difahamkan penduduk kampung telah mengemukakan bantahan rasmi kepada SUK Kerajaan Negeri Perak. Walau bagaimanapun tidak diketahui apakah respon yang diberikan oleh pihak kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, Hj Aminuddin yang juga Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu berharap agar kerajaan Negeri Perak terutamanya Menteri Besar Perak menggunakan kuasa yang ada bagi membela nasib rakyat.

“Apa-apa pun, saya sangat berharap agar kerajaan negeri Perak terutamanya Menteri Besarnya ambil iktibar akan apa yang berlaku di negeri Pahang sebelum ini. Lebih-lebih lagi Menteri Besar Perak kini juga menjawat jawatan Exco (Pengerusi Jawatankuasa) Tanah.”

“Gunakanlah kuasa yang ada untuk membela rakyat melainkan sudah tiada sekelumit rasa belas kasihan langsung buat anak bangsa. Malang sekalilah jika begitu.”

“Harapnya kerajaan menyebelahi rakyat, bukan pro-kapitalis,” kata Hj Aminuddin lagi.

Baru-baru ini, portal tempatan mendedahkan, penduduk Orang Asli Kampung Sungai Sinju, Simpang Pulai telah diberi notis mengosongkan kawasan yang mereka diami bagi memberi laluan kepada projek tanaman durian Musang King.

Tok Batin kampung tersebut, Alang Apok Sitam, berkata, mereka menerima notis tersebut pada 23 Februari lalu dan diarah mengosongkan kawasan yang terlibat dalam tempoh 30 hari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: