Tempatan

Murtad Anak Mualaf: Mana Ramasamy Ketika Anak-Anak Ini Perlukan Bantuan Sejak Bertahun Dulu? – Zamri Vinoth

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERLIS, 20 Februari 2022 – “Pelik dan menghairankan, sewaktu anak-anak ini memerlukan sokongan di manakah Ramasamy, Waytha, mahupun David?” tempelak Zamri Vinoth, Pengerusi One Centre Malaysia Perlis terhadap pihak-pihak yang cuba menjadi jaguh dan mempolemikkan isu pengislaman 3 anak mualaf yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Baca: Pengislaman Tiga Kanak-Kanak Ini Tidak Bercanggah Dengan Perundangan – Zamri Vinoth 

Baca: Kenapa Dr. Maza Boleh Jumpa Anak Saya Tapi Saya Tak Boleh?

Baca: Kembalikan Anak Loh Siew Hong…Polis Jangan Hina Mahkamah – Ramkarpal

Menurut beliau, melalui maklumat yang diperolehi dari ayah kanak-kanak tersebut, ibu mereka telah menghilangkan diri entah ke mana dalam tempoh lama dan tidak dapat dikesan.

Sebagai penjaga ketika itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut telah hadir ke pejabat agama dan menyatakan hasrat memeluk Islam bersama anak-anaknya.

Hal ini sekaligus menepis caturan propaganda memburukkan Islam yang mendakwa ibu kanak-kanak tersebut tidak diberi akses untuk berjumpa anak-anaknya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi One Centre Malaysia Perlis ini lagi, sudah beberapa kali pihak penjaga telah cuba menghubungi Loh dan telah memberitahu dia untuk datang melawat anaknya.

Tetapi Loh Siew Hong telah memberi pelbagai alasan walhal sebenarnya tidak datang pun berjumpa anak-anaknya apabila diminta berbuat demikian.

Paling mengejutkan, tiba-tiba mereka datang bawa perintah mahkamah dan kata anak-anak itu telah diculik.

Sedangkan orang Islam lah yang tampil membantu anak-anak ini, ada yang bantu beri pendidikan, tempat berteduh serta sokongan moral dan emosi tatkala mereka sangat memerlukan.

“Hatta selama bertahun-tahun ini orang Islam jugalah yang menjaga makan minum mereka.”

Menurutnya lagi, mereka ini sebenarnya bukan peduli pun terhadap kebajikan kanak-kanak tersebut mahupun ibunya tetapi mereka masuk campur kerana motif kebencian terhadap Islam.

Tambah Zamri Vinoth, sebenarnya anak-anak tersebut yang tidak mahu mengikuti ibu mereka dan menyatakan hasrat ingin kekal menganuti agama Islam.

Justeru, tiada siapa yang berhak untuk memaksa mereka keluar dari Islam jika mereka sendiri yang hendak kekal sebagai Islam.

Bahkan, tidak ada sesiapa pun yang perlu mengikut dan menurut kalau bukan dari kehendak hatinya sendiri selagi ia tidak merosakkan akidahnya sebagai Muslim.

Ini amat berbeza dengan kerajaan ekstremis Hindu di India yang saban hari membedil dan membunuh umat Islam di India dengan zalim tanpa belas kasihan.

Namun tidak kedengaran langsung suara-suara yang konon-kononnya berperikemanusiaan dari Ramasamy, Waytha Moorty, atau David Marshal mahupun rakan seangkatan mereka bersuara menentang kekejaman yang meragut nyawa tersebut.

Tiba-tiba puak ini muncul ingin menjadi hero pula kepada seorang ibu yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga anak sendiri tetapi menghilangkan diri meninggalkan anak-anaknya terkontang-kanting selama bertahun-tahun.

Besar kemungkinan itulah antara punca mengapa anak-anak tersebut berkeras tidak mahu mengikut ibunya walaupun telah disarankan oleh pihak berkuasa agama dan juga PDRM.

Di Malaysia, kita tidak meragut nyawa mahupun menyakiti penganut agama lain seperti mana yang mereka lakukan terhadap umat Islam di India.

Malah, umat Islam kita di sini salurkan bantuan kepada penganut agama lain yang memerlukan.

“Mereka hilang illek poringge ketika diperlukan namun tiba-tiba muncul dengan surat perintah mahkamah bahawa kanak-kanak tersebut harus mengikuti ibunya.”

“Jadi, saya rasa benda ini tidak patutlah,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button