Tempatan

Murid Sekolah Bukit Beruntung Pukul Cikgu Disiplin Dengan Penyapu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HULU SELANGOR, 05 Ogos 2022 – Berang dengan tindakan seorang guru disiplin wanita yang memotong rambutnya, seorang pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah di Bukit Sentosa bertindak memukul guru disiplin tersebut dengan batang penyapu.

Menurut kenyataan Ketua Polis Hulu Selangor, Arsad Kamaruddin, mangsa sebelumnya menerima laporan daripada seorang guru lain mengenai pelajar lelaki berusia 15 tahun yang berambut panjang.

Seterusnya, guru disiplin tersebut mengambil keputusan untuk membuat rondaan sekitar 12.30 tengah hari selepas menerima aduan dari rakan gurunya itu sebelum bertindak memotong rambut pelajar terbabit.

Arsad Kamaruddin berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan ke sebuah rumah dan menahan suspek.

Suspek ditahan reman bermula semalam sehingga hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 506 (KK), hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan semakan rekod mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, tambah Kamaruddin

Arsad Kamaruddin turut memaklumkan bahawa guru disiplin tersebut cedera di mata kirinya akibat pukulan daripada pelajar Tingkatan 3 terbabit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: