Tempatan

Murid Maut Digilis Van: Iktibar Buat Semua Pengusaha Bas Dan Van Sekolah – PBSSPKL

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 14 November 2021 – “Pertama sekali, salam takziah kepada keluarga mangsa, seorang murid darjah satu yang maut digilis van di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, semalam,” ucap Pengerusi Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL), Haji Mohamad Haron Haji Mohamad Sidik.

Untuk iktibar, pengajaran dan nasihat kepada semua pengusaha-pengusaha bas sekolah berdaftar atau tidak berdaftar, sentiasalah berhati-hati semasa memandu, ujar beliau.

Menurutnya, banyak komen dan pertanyaan yang PBSSPKL terima mengenai isu ini tetapi kita perlu rasional dan bijak menjawabnya.

Sebagai pengusaha bas sekolah berdaftar, ramai pengusaha yang merasa terkilan dengan kenyataan berita kerana khuatir persepsi orang ramai terhadap sistem pengangkutan bas sekolah berdaftar nanti.

“Seperti PBSSPKL katakan, ini bukan soal haram atau halal sesuatu kenderaan tersebut tetapi kita perlu lebih berhati-hati semasa memandu dan peka dengan keadaan sekeliling kita.”

“Termasuklah, apa sahaja kenderaan yang kita gunakan. Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Jadi, perlu ada muhasabah diri, kawal diri dan tingkatkan jati diri,” ujar beliau.

Berikutan tragedi ini, PBSSPKL merayu kepada Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk mengeluarkan arahan kepada semua pengusaha-pengusaha bas sekolah agar mereka mesti menjadi ahli persatuan berhampiran kawasan operasi mereka.

“JPJ dan polis perlu buat pemantauan di sekolah-sekolah dan menahan serta menyita van-van tidak berdaftar,” kata Haji Mohd Haron.

Ulas beliau lagi, dalam kes kemalangan ini pula, biar pihak polis menjalankan siasatan mereka.

“Sabar. Al Fatihah buat anak yang meninggal ini. Negara kita ada undang-undangnya. Biar pihak taska, pemilik van dan ibu bapa beri kenyataan mereka kepada pihak polis.”

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian 12.10 tengah hari semalam, mangsa berusia tujuh tahun cedera di kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta.

“Mangsa melintas di depan van yang bergerak itu lalu dilanggar dan cedera parah di kepala.”

“Pegawai perubatan hospital swasta mengesahkan mangsa meninggal dunia dan jenazah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk urusan bedah siasat.”

Tambah Md Noor Aehwan, “Pemandu berkenaan dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini (Sabtu).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: