Mungkin Perlu Tunggu Menteri Agama Kelima Selesaikan Isu Elaun Guru KAFA – CIJ
KUALA LUMPUR, 11 Februari 2023 – “Kita perlu tunggu Menteri Agama kelima sehingga turun Nabi Isa A.S…,” demikian luahan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari dalam hantaran di Facebooknya berkenaan isu elaun guru KAFA yang masih belum menemui titik noktah yang terbaik.
Beliau berharap isu ini akan mendapat kata putus dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) baharu, yang menjadi menteri keempat yang dikemukan isu ini.
BACA JUGA: Usul Tiada Pertandingan: ROS Bagi UMNO 60 Hari Perjelaskan
BACA JUGA: Rejim Zionis Mahu Jadikan Ronaldo Ikon Normalisasi Dengan Saudi
BACA JUGA: Gempa Turkiye-Syria: JAKIM, JAWI Laksana Kutipan Derma Setiap Jumaat
Ini kerana, sebelum ini mesyuarat telah pun dibuat bersama tiga Menteri Agama sejak 2018 lagi, namun tidak ada kata putus yang diperoleh berkenaan isu elaun guru-guru KAFA.
Justeru, Cikgu Izzat Johari memohon perhatian YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneliti dan memberikan perhatian kepada kebajikan guru-guru KAFA untuk menerima gaji minimum RM1500 sempena tahun baharu 2023.
Tambah beliau, gaji atau elaun yang diterima guru KAFA adalah sekitar bawah RM1000, manakala hanya guru KAFA di Negeri Selangor menerima kenaikan gaji kepada RM1500 bermula tahun 2023 ini.
Cikgu Izzat Johari juga berharap mesyuarat khas Menteri Agama dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini bagi meneliti dan mengkaji semula keabsahan jumlah elaun Guru KAFA, mendapat kata putus yang terbaik untuk guru-guru KAFA di negara ini.