Antarabangsa

Multilateralisme Bagi Ruang ASEAN Membangun Di Tengah-tengah Konflik Kuasa Besar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 28 Mei 2023 – Negara-negara Asia Tenggara mempunyai kelebihan dalam menangani cabaran dan pembangunan negara walaupun berada di tengah-tengah konflik kuasa besar, kata Timbalan Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

Katanya, dunia kini berdepan dengan cabaran global yang boleh mengancam kestabilan rantau iaitu ketegangan geopolitik, perlindungan ekonomi dan perubahan iklim.

BACA JUGA: Jabatan Penjara Benar Lawatan Keluarga 2 Hari Sempena Pesta Menuai

BACA JUGA: PERHATIAN! Hujan Lebat Berterusan Bakal Landa Pantai Barat Semenanjung

BACA JUGA: Cuaca Panas: Aktivis Gesa Tindakan Realistik Diambil

Wong memberi contoh Selat Taiwan merupakan titik paling bahaya yang boleh mengheret Asia dalam sebarang konflik antara Amerika Syarikat.

Namun katanya, berkat multilateralisme Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang sering bersuara menentang keganasan dan bersatu meningkatkan pertahanan dan keselamatan serantau, cabaran itu dapat diharungi sehingga kini.

Wong berkata demikian dalam Forum Nikkei tahunan mengenai Masa Depan Asia di Tokyo pada Khamis lalu.

Tegasnya, multilateralisme ASEAN menolak dominasi oleh mana-mana kuasa tunggal, sekali gus menjadikan rantau ini lebih stabil dan seimbang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: