Tempatan

Tengku Hassanal Berkenan Merasmikan Masjid Baharu Batu 3 ½

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 15 April 2022 – KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan masjid baharu yang dinamakan Masjid Al-Mustaghfirin di Batu 3 ½ Jalan Gambang di Kuantan baru-baru ini.

Sebagai tanda perasmian, baginda berkenan menandatangani papan tanda masjid tersebut serta menyempurnakan gimik majlis perasmian dengan menanam pokok di perkarangan masjid berkenaan.

Turut dimaklumkan bahawa pembinaan masjid tersebut telah siap sepenuhnya pada 9 Jun 2019 dengan kos peruntukan sebanyak RM2.7 juta dan boleh memuatkan seramai 500 jemaah pada satu-satu masa.

Baginda juga mengurniakan bantuan dan sumbangan kepada 100 asnaf serta sumbangan 10 buah komputer riba kepada pelajar dari golongan berkenaan.

Turut hadir dalam majlis itu ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Ahli Dewan Negeri (ADN) Inderapura, YB Dato’ Sri Haji Shafik Fauzan Sharif dan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Dr Sallehuddin Ishak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: