MUIP Tubuh Perbadanan Wakaf Pahang
KUANTAN, 24 Februari 2023 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bakal menubuhkan Perbadanan Wakaf Pahang yang dijangka selesai dan beroperasi sepenuhnya pada 2025.
Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi Hussain berkata penubuhan perbadanan ini adalah bagi menguruskan urusan wakaf di negeri itu.
BACA JUGA: Agensi Maritim Selangor Masih Mencari Nelayan Hilang
Ujarnya, “Dulu wakaf diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) tapi banyak sangat tugas nak jaga masjid, kubur, surau, mualaf, orang miskin dan sebagainya, jadi kita tidak ada fokus.”
Lantaran itu, mereka mendapat idea untuk mengasingkan pengurusan wakaf dengan meletakkannya di bawah pengurusan zakat (Pusat Kutipan Zakat (PKZ) Pahang) terlebih dahulu.
BACA JUGA: Keadaan Palestin Semakin Tenat, Israel Tingkatkan Serangan – PM Palestin
“Ini kerana operasinya adalah sama. Kena jumpa orang, buat promosi, sediakan brochures. Cara (pengurusan) zakat dan wakaf ini adalah sama, cuma zakat ini wajib (dilaksanakan), wakaf secara suka hati,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Bulan Zakat dan Wakaf di Hotel Grand DarulMakmur kelmarin.
BACA JUGA: Indonesia Dilanda Gempa Bumi, 6.3 Skala Richter
Tambahnya, penubuhan Perbadanan Wakaf Pahang juga selari dengan Enakmen Wakaf Pahang yang diluluskan pada 13 Oktober 2022.
Pihak MUIP juga akan berbincang untuk mempelbagaikan instrumen wakaf sekali gus mengharapkan agar lebih 180 madrasah negeri itu melakukan proses wakaf yang betul kerana ia perlu didaftarkan dengan cara tepat, di mana hanya MUIP pemegang wakaf tunggal di Negeri Pahang.