Tempatan

MUIP Taja Ujian Covid-19 Untuk 506 Orang Calon SPM Sesi 2020

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyediakan peruntukan RM50,000 bagi membiayai proses mengambil sampel ujian calitan COVID-19 membabitkan 506 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 22 Februari ini.

“Semua pelajar terbabit melibatkan 13 Sekolah Menengah Agama (SMA) kerajaan negeri dan sekolah agama seliaan MUIP”.

Dr Asmadi Abdul Rahman memberitahu, ujian calitan COVID-19 mesti diambil oleh kesemua calon sebelum mereka dibenarkan tinggal di asrama sebagai persediaan menduduki peperiksaan SPM.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP itu turut memaklumkan bahawa ujian tersebut akan dilakukan secara berperingkat.

Beliau berkata, ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang keadaan anak mereka yang tinggal di asrama kerana semua langkah pencegahan dan keselamatan sentiasa diberi perhatian.

Para pelajar tersebut juga akan dipantau oleh guru dan warden yang ditugaskan.

Dr Asmadi juga mendoakan kesemua calon SPM dapat menjawab soalan dengan mudah seterusnya mendapat keputusan yang memuaskan.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 22 Februari sehingga 25 Mac 2021 bagi pelajar sesi 2020.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: