Tempatan

MUIP Sumbang RM5000 Untuk Mangsa Insiden Kepala Air Yan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUANTAN, 31 Ogos 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyumbangkan RM50,000 kepada mangsa banjir yang terkesan dengan insiden kepala air Gunung Jerai, Yan, Kedah, minggu lalu.

“Ia disampaikan kepada Pegawai Daerah Yan, Tunku Iskandar Shah Tunku Muzaffar Shah sebelum diagihkan kepada mereka yang layak,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman.

Tambah Dr Asmadi, bantuan itu diharap dapat meringankan beban mangsa terutama apabila banyak harta benda mereka musnah ditenggelami banjir.

“Walaupun sudah lebih seminggu kejadian banjir berlaku, namun kesan kerosakan dan lumpur masih lagi kelihatan, kehadiran sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan dapat membantu meringankan beban mangsa.”

“Kita simpati dengan apa yang berlaku, selain bantuan kewangan kita turut berdoa semoga semua mangsa diberi kekuatan semangat dan keimanan menghadapi ujian, Yang Maha Esa.”

Dalam misi yang sama, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang diketuai Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin turut menyumbangkan pelbagai barangan elektrik bernilai RM10,000 kepada mangsa yang terlibat.

Sekurang-kurangnya 14 kampung dan kawasan perumahan yang terletak berhampiran sungai di kaki Gunung Jerai terjejas akibat banjir kilat disebabkan hujan lebat dan kepala air pada Rabu, 18 Ogos lalu.

Seramai enam mangsa terkorban dalam tragedi ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: