Tempatan

MUIP Sumbang Alatan Perubatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 22 Januari 2022 – Dua mesin hemodialisis, Sistem Transurethral Resection (TUR), Defibrillator, Portable X-Ray dan Electrocautery merupakan sumbangan peralatan perubatan yang disalurkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kepada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dalam Program Ziarah Prihatin MUIP pada 20 Januari 2022 lalu.

“Pihak MUIP sentiasa mengambil cakna tentang keperluan semasa rakyat yang berkaitan dengan sektor kesihatan di negeri ini. Justeru itu, setiap tahun MUIP akan menyediakan peruntukan khas bagi membantu hospital dan klinik kesihatan di negeri Pahang.”

Demikian kenyataan dari Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr. Asmadi Abdul Rahman dalam Program Ziarah Prihatin tersebut.

“MUIP telah mengagihkan sumbangan sebanyak RM80,000 yang memberi manfaat kepada lebih 400 orang pesakit,” ujar beliau.

Pengarah Hospital, Cik Shamsuriati binti Mohd Daud dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan mewakili seluruh kakitangan HTAA merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak MUIP atas sumbangan yang diberikan. Semoga dengan bantuan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: