Tempatan

MUIP Salur Bantuan PKPD Berperingkat

Jangan lupa sertai Telegram, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PEKAN, 15 April 2021 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) memberi bantuan secara berperingkat selama tiga hari bermula kelmarin kepada 2,500 Ketua Isi Rumah (KIR) di 13 lokaliti yang sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Kawasan yang terbabit adalah Taman Peramu Permai, Perumahan Universiti Malaysia Pahang, Kuarters Guru Pejabat Pendidikan Daerah Pekan, Kuarters Guru Maktab Rendah Sains MARA, Kuarters Guru Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak, Perumahan Komuniti 1Malaysia, Perumahan Taman Perdana, Taman Sepekan Makmur, Taman Mentiga Jaya, Perumahan Peramu Jaya, Taman Mentiga Jaya dan Kampung Pulau Serai.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, sumbangan terbabit meliputi beras, minyak masak, tepung, gula, kicap, sos, susu, kopi, biskut dan bihun.

“Penyelaras bantuan itu ialah Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Pekan yang turut dianggotai lapan agensi berkaitan.”

Kerajaan melaksanakan PKPD di Taman Mentiga Jaya, Taman Perdana, Perkampungan Peramu Jaya 3, Taman Sepekan Makmur dan Kampung Pulau Serai sehingga 22 April ini berikutan penularan kes membabitkan Kluster Teknologi Peramu Jaya yang terdiri daripada pekerja kilang.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button