Antarabangsa

AS Ugut China Jangan Bantu Rusia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 16 Mac 2022 – Penasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan baru-baru ini ‘mengugut’ China, di mana beliau menyatakan China akan hadapi ‘akibat’ sekiranya China membantu Rusia.

“(Kami) telah berhubung secara sulit dan terus dengan Beijing dan (telah maklumkan) yang akan ada akibatnya sekiranya China membantu Rusia untuk mengelak sekatan (yang dikenakan AS dan sekutu) atau sebarang sokongan terhadap Rusia,” ujarnya seperti yang dilaporkan BBC.

“Kami tak akan benarkan hal ini berlaku dan (kami tak akan) benarkan sebarang ‘talian hayat’ diberikan kepada Rusia dari mana-mana negara di dunia (bagi mengelak dari) sekatan ekonomi yang dikenakan,” tambahnya lagi.

Baru-baru ini, seorang pegawai AS yang tidak mahu dinamakan telah menyalurkan maklumat rahsia kepada media-media di Amerika mendakwa China sedang membantu Rusia yang kini sedang berperang dengan Ukraine.

Namun, Kementerian Luar China menyanggah dakwaan tersebut dan mendakwa AS sengaja menyebarkan maklumat yang salah, dan pihak Rusia sendiri menafikan yang mereka ada meminta sebarang bantuan dari China.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: