Tempatan

MUIP Bantu 321 Penduduk Lorong Wong Ah Jang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUANTAN, 12 Mei 2022 – Seramai 321 penduduk di Lorong Wong Ah Jang telah menerima pelbagai bantuan yang disediakan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) kelmarin.

Pihak MUIP telah menyalurkan bantuan melalui Dapur Infaq Ummah yang telah membela nasib golongan tersebut sejak lima tahun lalu.

Dr Asmadi Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP berkata, antara aktiviti pemulihan yang dilakukan ialah menyediakan surau dan guru agama untuk mengajar golongan dewasa dan kanak-kanak di kawasan itu.

“Didikan agama penting dan dapat menjadi benteng kepada mereka untuk meneruskan kehidupan selepas tersalah memilih jalan sebelum ini,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut mengharapkan komuniti Lorong Wong Ah Jang yang sebelum ini terlibat dengan aktiviti negatif dapat kembali ke pangkal jalan dan meneruskan kehidupan lebih bermakna.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: