Antarabangsa

Arak Percuma Setiap Malam Jumaat Kepada Mereka Yang Bernama Muhammad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JAKARTA, 25 Jun 2022 – Gempar di laman sosial Instagram mengenai info grafik yang dimuat naik oleh sebuah syarikat yang mempromosikan arak percuma hanya pada setiap hari Khamis dan buat mereka yang mempunyai nama ‘Muhammad’ dan ‘Maria’, lapor portal REPUBLIKA.co.id.

Syarikat yang memang terkenal sebagai tempat untuk bersantai dengan minuman beralkohol, Holywings Indonesia memaparkan imej produk minuman beralkoholnya dengan menghadiahkan satu botol alkohol untuk bakal pelanggan dengan nama ‘Muhammad’ dan ‘Maria’ sahaja.

“Where is ..? These names get free bottle! Every Thursday. Bring your ID card. Dine-in only. No keeping and take away.”

Walau bagaimanapun, promosi yang dibuat pada Rabu lalu itu telah diturunkan daripada laman rasmi Instagramnya beberapa jam kemudian.

Semalam, Holywings Indonesia juga melalui satu hantaran di Instagram telah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui satu kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut, “Tidak sampai hati kami mengaitkan unsur-unsur agama dalam sebahagian promosi kami, oleh itu kami memohon maaf yang tidak terhingga kepada seluruh rakyat Indonesia.”

“Sila terima permohonan maaf kami dan izinkan kami membetulkan perkara ini dan menjadi lebih baik pada masa hadapan,” akhiri kenyataan tersebut.

Terbaru, Persatuan Peguam Muda Indonesia telah membuat laporan polis berkenaan promosi arak oleh Holywings Indonesia yang menggunakan nama ‘Muhammad’ dan ‘Maria’ itu.

Ketua Perhubungan Awam (Humas) Polis Daerah Metro Jaya, Zulpan berkata pihaknya telah menerima laporan kes terbabit dan ianya dalam siasatan pihak polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: