Politik

Muhyiddin dijangka buat pengumuman khas hari ini

KUALA LUMPUR – Hari ini Isnin, 16 Ogos 2021 perhatian tertumpu ke tiga lokasi – kediaman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara, bangunan Perdana Putra di Putrajaya dan juga Istana Negara di jalan Duta.

Sama ada meletakkan jawatan atau memohon membubarkan Parlimen, jawapannya hanya akan diketahui selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong tengahari nanti.

Muhyiddin dijangka mempengerusikan mesyuarat Kabinet pagi ini bagi memaklumkan keputusannya sama ada akan terus mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional atau meletakkan jawatan berikutan kehilangan majoriti apabila 15 ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan terhadap beliau dan kerajaan PN.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button