Tempatan

Pengislaman Tiga Kanak-Kanak Ini Tidak Bercanggah Dengan Perundangan – Zamri Vinoth

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PERLIS, 20 Februari 2022 – “Pengislaman dua kanak-kanak ini tidak bercanggah dengan perundangan seperti dakwaan dangkal pemimpin DAP, P Ramasamy yang dilihat sengaja menangguk di air keruh dengan mencatur sentimen agama dan bangsa,” tegas Presiden Skuad Mubaligh Malaysia, Muhammad Zamri Vinoth bin Kalimuthu.

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: MCCBCHST Desak Murtadkan Anak Mualaf

Umum sedia maklum, walaupun ada keputusan di Mahkamah Persekutuan, namun ia tidak mengikat Negeri yang mempunyai Raja dalam soal urusan agama kerana ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Di Perlis, Subseksyen 117(b) berdasarkan pindaan enakmen pada 8 Disember 2016 oleh Dewan Undangan Negeri menyebut secara jelas kanak-kanak boleh masuk Islam dengan persetujuan ibu ‘Atau’ Ayah bukannya menyebut ‘Dan’.

“Jadi secara jelas tidak berlaku pelanggaran undang-undang,”ujarnya.

Malah, dalam kes ini mereka memeluk Islam ketika mana menurut ayah mereka ibunya telah menghilangkan diri entah ke mana dalam tempoh lama dan tidak dapat dikesan.

Sebagai penjaga ketika itu, bapa kepada kanak-kanak tersebut telah hadir ke pejabat agama dan menyatakan hasrat memeluk Islam bersama anak-anaknya.

Hal ini sekaligus menepis caturan propaganda memburukkan Islam yang mendakwa Loh Siew Hong, ibu kanak-kanak tersebut tidak diberi akses untuk berjumpa anak-anaknya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi One Centre Malaysia Perlis ini, sudah beberapa kali pihak penjaga telah cuba menghubungi Loh dan telah memberitahu beliau untuk datang melawat anaknya.

Tetapi Loh Siew Hong memberi pelbagai alasan walhal sebenarnya tidak datang pun berjumpa anak-anaknya apabila diminta berbuat demikian.

Paling mengejutkan, tiba-tiba mereka datang bawa perintah mahkamah dan kata anak-anak itu telah diculik.

“Jadi, saya rasa benda ini tidak patutlah,” ujarnya.

Sedangkan orang Islam lah yang tampil membantu anak-anak ini, ada yang bantu beri pendidikan, tempat berteduh serta sokongan moral dan emosi tatkala mereka sangat memerlukan.

“Hatta selama bertahun-tahun ini orang Islam jugalah yang menjaga makan minum mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: