Antarabangsa

Muhammad, Nama Bayi Paling Popular Di UK Untuk Tahun 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 11 Julai 2022 – Muhammad adalah nama pilihan paling popular bagi bayi lelaki yang baru dilahirkan di United Kingdom untuk tahun 2022, setakat awal bulan Julai ini berdasarkan laporan BabyCentre.

Selain Muhammad, beberapa nama Muslim yang lain juga turut tersenarai dalam nama pilihan tersebut seperti Noah (ke-2), Ali (ke-31), Isaac (ke-33), Adam (ke-38), Yusuf (ke-53), Ahmad (ke-63), Omar (ke-72), Abdullah (ke-77), Abdul (ke-84), Ibrahim (ke-92) dan Syed (ke-94).

Bagi nama bayi perempuan Muslim pula yang paling popular di UK ialah Layla, di tempat ke-24, diikuti oleh Fatima (ke-27), Nur (ke-29), Maryam (ke-33), Aisha (ke-37), Aaliyah (ke-60), dan Nora (ke-95).

Dalam pada itu nama popular seperti Amber dan Johnny gagal memasuki senarai pada tahun ini ekoran kes saman di mahkamah oleh aktor tersohor, Johnny Depp terhadap bekas isterinya, aktres Amber Heard baru-baru ini.

“Saya meramalkan kesan mahkamah antara Johnny (Depp) dan Amber (Heard) akan berterusan dan kita akan melihat nama-nama itu jatuh lebih jauh dalam carta Top 100 nama bayi pilihan paling popular di United Kingdom pada masa akan datang,” kata editor pengurusan BabyCentre, Sarah Redshaw.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: