Tempatan

Muhammad Dipukul Dengan Getah Paip Dan Direndam Jika Tak Capai Sasaran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 – Sepanjang berada di Myanmar, anak pernah menghubungi keluarga beberapa kali bagi memaklumkan dia bekerja sebagai scammer tetapi tidak menceritakan dia didera dengan tidak diberi makanan, dipukul dengan getah paip dan direndam dalam kolam air jika tidak mencapai sasaran RM30,000 sehari seperti ditetapkan pihak sindiket.

Ini antara luahan perit yang diberitahu oleh ibu kepada seorang mangsa sindiket penipuan tenaga kerja kepada pemberita.

Moon, 53, yang bekerja tukang masak di sebuah restoran berkata, beliau pernah menghalang hasrat anaknya, Muhammad, 21, untuk bekerja di Singapura, namun akhirnya bersetuju selepas mendapat tahu Muhammad akan pergi bersama empat lagi sahabatnya yang berasal dari kawasan sama.

“Saya pernah menghalang hasrat anak untuk bekerja di Singapura bagi mendapatkan gaji lumayan kerana risau keselamatannya, malah tidak menyangka langsung dia dibawa ke Myanmar untuk dijadikan pekerja sindiket scammer.”

Tambahnya, selepas bertolak, anaknya memaklumkan mereka tidak jadi bekerja di Singapura kerana ejen memaklumkan tiada kekosongan di republik itu lalu memindahkan mereka ke Thailand.

“Sebelum ke Thailand mereka berlima ditempatkan di sebuah hotel di Johor Bahru selama dua hari untuk dokumentasi dan tiket penerbangan ditanggung sepenuhnya oleh pihak ejen, seterusnya dibawa ke Myanmar.”

“Pada Oktober lalu, anak menghubungi rakannya meminta sediakan wang tebusan RM15,000 dan jika gagal untuk tempoh ditetapkan, akan dijual kepada agensi lain di Laos,” katanya.

Moon berkata, selepas rakannya tidak berjaya mengumpul jumlah wang tebusan itu, mereka datang berjumpanya dan suami memaklumkan keadaan sebenar anak di Myanmar.

“Kami terkejut dengan berita itu, malah kami juga tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk dibayar kepada pihak sindiket.”

“Jadi, kami membuat keputusan membuat laporan di Balai Polis Parit Raja dan bertemu Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim bagi mendapatkan bantuan membawa anak pulang,” katanya.

Akhirnya, pada Rabu baru-baru ini, Muhammad bersama seorang rakan sekampung dikenali sebagai Shidi, 19, dan empat lagi warga Malaysia lain yang menjadi mangsa penipuan sindiket kerja sebagai scammer di Myanmar dibawa pulang dari Bangkok, Thailand.

Kepulangan mereka diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang, dari Bangkok, Thailand pada jam 8.45 pagi dengan pesawat TG145 dan tiba di KLIA pada jam 12 tengah hari.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: