Tempatan

Mualaf: Tiada Ketetapan Nama Islam Mesti Mendahului Nama Asal – JAKIM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 31 Mac 2022 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memaklumkan bahawa tiada ketetapan dibuat pihaknya yang mensyaratkan supaya nama Islam perlu didahului bagi setiap penamaan saudara baru.

Menurut JAKIM, Ketua Pengarah Datuk Hakimah Mohd Yusoff hanya memaklumkan bahawa JAKIM akan mengeluarkan satu Garis Panduan Penamaan Saudara Baru yang telah diluluskan di peringkat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam.

Justeru, laporan media yang bertajuk ‘Nama Islam Mesti Mendahului Sebelum Nama Asal Mualaf’ adalah bercanggah dengan tatacara yang ditetapkan dalam garis panduan yang akan dikeluarkan oleh pihak JAKIM.

“Garis panduan itu akan diedarkan ke seluruh negeri, namun Ketua Pengarah bagaimanapun tidak mengulas isi kandungan garis panduan tersebut pada simposium itu.”

Menerusi satu kenyataan, JAKIM menjelaskan bahawa garis panduan itu adalah rujukan bagi mualaf yang berhasrat untuk membuat penukaran nama selaras dengan prosedur dan syarat yang telah ditetapkan oleh Akta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebelum ini, portal Malaysiakini pada 29 Mac 2022 mengeluarkan satu laporan dengan tajuk ‘Nama Islam Mesti Mendahului Sebelum Nama Asal Mualaf’ mengenai ketetapan JAKIM menerusi kenyataan Ketua Pengarah Jakim Datuk Hakimah Mohd Yusoff.

Malaysiakini dalam laporan tersebut telah memetik laporan berita daripada Kosmo Online yang menggunakan tajuk ‘Garis panduan nama mualaf akan diedar’ juga pada tarikh yang sama.

Memetik kenyataan Datuk Hakimah Mohd Yusoff yang dikeluarkan oleh kedua-dua portal tersebut, “Ketua pengarahnya, Hakimah Mohd Yusoff berkata, muzakarah semua mufti terbabit ketika membincangkan penamaan saudara baru telah pun memutuskan bahawa nama mualaf itu hendaklah ada nama Islam mendahului nama asalnya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: