NGO

Muafakat Pondok Se Malaysia Gesa Tolak Calon-Calon Berikut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MENYEDARI;

1. Keamanan dan Kemakmuran Negara adalah hal utama yang dituntut dalam Syariat Islam dan bahawa Islam aliran Ahlu Sunnah wal Jamaah terbukti berjaya menjaga keharmonian amalan beragama di Alam Melayu selama ratusan tahun.

2. Amanah utama kepimpinan Negara adalah menjaga setiap masa kesejahteraan rakyat dan negara berasaskan dasar dan nilai Islam sebagai Agama Persekutuan.

3. Perlembagaan Persekutuan adalah landasan bagi pemerintahan Negara yang mesti dipatuhi bagi memastikan keadilan dan kesejahteraan terlaksana di Negara ini.

4. Negara sedang menghadapi krisis ekonomi yang semakin mencabar, cuaca yang tidak menentu, ancaman anasir luar yang menggugat jatidiri bangsa dan kuasa politik yang belum stabil.

5. PRU-15 merupakan detik penting bagi menyediakan kepimpinan yang mampu mengemudi rakyat dan Negara menghadapi segala cabaran menuju kesejahteraan hidup beragama, bermasyarakat dan bernegara.

MAKA ATAS KEPRIHATINAN BERSAMA, TANPA MENAFIKAN KEBIJAKSANAAN PEMILIH, KAMI NYATAKAN;

PANDUAN ASAS MEMILIH PARTI DAN CALON PARLIMEN

1. Menolak Parti-parti politik yang berprinsip, berfahaman, bersifat atau bersikap seperti berikut:
a) Tidak menzahirkan kepatuhan kepada Keluhuran Perlembagaan
b) Tidak menghormati Kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan
c) Tidak menzahirkan kesetiaan kepada Kuasa dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu
d) Tidak menghormati Hak-hak orang Melayu serta kepentingan sah anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.
e) Tidak menghormati Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

2. Menolak calon-calon yang disabit jenayah rasuah, tidak berintegriti, mendokong fahaman Komunisme, Ekstrimisme, Liberalisme, Pluralisme, Shiisme, Wahabisme, Evangelisme atau apaapa aliran ideologi yang bercanggah dengan pegangan Agama (Ahlu Sunnah wal Jamaah), adat budaya, Perlembagaan, peradaban Tanah Melayu demi kestabilan, kemakmuran dan keharmonian Negara.

3. Tidak menjadikan Pakatan Harapan (PH) sebagai pilihan untuk membentuk kerajaan atau menjadi gabungan kerajaan sebaliknya sekadar menjadi barisan pembangkang yang bijak, ikhlas dan bersungguh-sungguh memberi teguran dan kritikan membina kepada Kerajaan. Komponen PH jelas masih di bayangi ideologi serta calon-calon yang tidak jelas kesediaan mereka mendokong Syariah Islam agama negara serta Perlembagaan. Namun, tidak dinafikan, negara masih memerlukan komponen pembangkang seperti PH untuk berfungsi sebagai “check & balance” (semak dan imbang) yang berkesan kepada kerajaan kelak.

Akhirnya kami menyeru semua pemilih dari segenap lapisan masyarakat, terutamanya golongan muda yang merupakan pengundi sulung agar menimbangkan dengan cermat dan berhati-hati amanah memilih dalam PRU-15 ini serta kesannya kepada diri, keluarga, masyarakat, generasi dan negara. Semoga pertimbangan yang sewajarnya daripada semua akan menjadi khidmat bakti bermakna buat Agama, Bangsa dan Tanahair tercinta.

Sekian.

Yang Berkhidmat,
USTAZ MARZUKI B. YUSOF Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Se Malaysia (PMPS)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: