Tempatan

MTUC Gesa Kerajaan Keluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Gaji Minimum

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SUBANG JAYA, 11 April 2022 – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa pihak kerajaan Malaysia mengeluarkan garis panduan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 yang akan dikuatkuasa 1 Mei ini secepat mungkin.

Kamarul Baharin Mansor, Setiausaha Agung MTUC berkata, pelaksanaan garis panduan ini tidak ada pengecualian dan perlu dimasukkan dalam warta Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan kadar gaji minimum.

“MTUC tidak mahu apa yang berlaku pada 2013 berulang iaitu apabila gaji minimum mula dikuatkuasakan, kebanyakan majikan tidak membayar pekerja berdasarkan gaji minimum, hinggakan pekerja terpaksa pergi ke mahkamah kerana gaji yang tertunggak.”

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa pihak MTUC akan memantau isu ini dengan serius. Kenaikan kos taraf hidup telah memaksa golongan B40 meletakkan harapan yang tinggi pada kenaikan gaji minimum.

Penambahan sebanyak RM300 ini juga dapat meringankan beban yang ditanggung mereka, ujarnya.

Kamarul turut terkejut dengan persetujuan Kerajaan Malaysia untuk melaksanakan gaji minimum pada pekerja domestik, kerana tiada sebarang perbincangan mengenai perkara berkenaan.

Jelas beliau, sejak gaji minimum mula dikuatkuasakan lagi, pekerja domestik telah dikecualikan. Namun demikian, beliau mengalu-alukan keputusan itu dan MTUC percaya pelaksanaan kenaikan gaji minimum ini harus dikuatkuasa untuk semua termasuk para pekerja domestik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: