Tempatan

MPK Kuat Kuasa Kompaun RM250 Tidak Kibar Jalur Gemilang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KANGAR, 27 Ogos 2022 – Selepas Kuantan dan Ipoh, Kangar, Perlis turut mengikut jejak langkah untuk mengenakan kompaun kepada premis perniagaannya yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Norazlan Yahaya, pemantauan yang bermula semalam akan dilakukan oleh pasukan penguat kuasa MPK. Sekiranya terdapat pemilik yang tidak mematuhi peraturan pemilikan lesen, kompaun sebanyak RM250 akan dikeluarkan.

“Saya harap orang ramai memberi kerjasama dengan memasang bendera Jalur Gemilang dan bendera negeri di hadapan premis perniagaan bagi menunjukkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Kebangsaan,” katanya sewaktu ditemui dalam Majlis Anugerah Khas Rakan Strategik MPK Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Kibar Jalur Gemilang atau denda RM250

Sebelum ini, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin mengatakan bahawa premis perniagaan yang tidak memasang serta mengibarkan Jalur Gemilang akan dikenakan kompaun sebanyak RM250.

Denda RM250 Tidak Kibar Jalur Gemilang

Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) turut bertindak mengenakan kompaun berikutan 85 peratus premis perniagaan di sekitar bandaraya itu masih belum mengibarkan Jalur Gemilang.

Susulan itu, Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong menyarankan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menguatkuasakan Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi memastikan pemilik perniagaan mengibarkan Jalur Gemilang.

Kibar Jalur Gemilang: Gunakan Kekerasan Undang-Undang Terhadap Premis Perniagaan

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: