Tempatan

MP Sabah Kongsi Berita Tahun 2018, ‘Sarawak Akan Pinda Undang-Undang Mualaf Murtad’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TUARAN, 11 Jun 2023 – Ahli Parlimen Tuaran, Sabah, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkongsikan berita lama yang bertajuk ‘Sarawak chief minister pledges to amend state law to allow converts to renounce Islam’ atau di dalam Bahasa Melayunya ‘Ketua menteri Sarawak berikrar untuk meminda undang-undang negeri bagi membolehkan mualaf meninggalkan Islam’ di laman Twitternya baru-baru ini.

“Sarawak chief minister pledges to amend state law to allow converts to renounce Islam | The Straits Times” demikian ciapan mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah itu.

BACA JUGA: Empangan Murtad Bakal Pecah! – PEMBELA

BACA JUGA: Murid ‘Buta’ Agama Dikhuatiri Murtad Tanpa Sedar

BACA JUGA: Mentega Terbang: JAKIM Dapati Terdapat Pertentangan Jelas Dengan Akidah – Menteri JPM

Secara ringkasnya, berita yang diterbitkan pada tahun 2018 itu melaporkan, Sarawak akan meminda undang-undang agama negeri agar mualaf yang ingin kembali kepada agama asal tidak dibiarkan “tergantung” jika mereka memutuskan untuk keluar daripada Islam

Meninjau ke ruangan komen, didapati rata-rata netizen menuntut perkara sama dilaksanakan di Sabah.

“Sabah bila mo ammend? Kembalikan pada aspirasi awal pemimpin Sabahan seperti juga yang tertulis pada batu bersumpah di keningau,” komen @IlmuanSejati.

Seorang lagi pengguna Twitter, @sakaibeing turut mempersoalkan sama ada adakah Sabah mempunyai harapan dalam perkara tersebut sama seperti Sarawak.

“Sabah pun mau gini. ada harapan ka datuk?”

Senada dengan pengguna media sosial lain, @danielwmn3000 yang merupakan seorang lagi pengguna Twitter juga berkata, “Yes please, Sabah needs it too!”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: