MP DAP Mahu Penceroboh Ladang Durian Haram Diberikan Lesen
KUALA LUMPUR, 14 Jun 2023 – Penceroboh ladang durian di Raub wajar diberikan lesen dan geran tanah atas dasar hak asasi manusia, kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui.
Bercakap di Dewan Rakyat, wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tindakan pengusaha ladang durian yang bercucuk tanam tanpa kebenaran itu tidak boleh dianggap sebagai satu pencerobohan memandangkan mereka sudah berbuat demikian sejak 1970-an.
BACA JUGA: Bakar Al-Quran & Sejadah, Individu Direman
BACA JUGA: MOTAC Pertimbang Bak Kut Teh Makanan Warisan
BACA JUGA: Setelah Diterjah MB, KKM Luluskan Peruntukan Khas Untuk Johor
Tegasnya, penceroboh itu merupakan mangsa kepada sistem negara kerana telah mengusahakan ‘Musang King’ sebagai jenama terkemuka di antarabangsa namun sumbangan mereka tidak pernah diiktiraf.
Jelasnya, penceroboh telah memohon permit atau geran menerusi saluran formal tetapi ditolak oleh pihak berkuasa negeri.
Justeru, Chow menyarankan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) meninjau isu itu dari sudut aspek hak asasi manusia demi memperjuangkan keadilan bagi pihak mereka.
Penyataan Chow itu diselar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Roslan Hashim daripada Perikatan Nasional (PN) yang mencelah dan menerangkan tindakan bercucuk tanam tanpa kebenaran di tanah Kerajaan itu dianggap sebagai satu pencerobohan.
“Saya rasa itu bukan termasuk dalam hak asasi manusia.”
“Itu adalah pencerobohan,” kata Roslan yang meminta Chow memperbetulkan kenyataan terdahulu.
Bagaimanapun, Chow tidak bersetuju dengan saranan itu kerana baginya golongan penceroboh ladang tanaman durian itu telah bercucuk tanam sejak berpuluh tahun, dan layak mendapatkan lesen dan geran.