Tempatan

Banteras Wabak Anjing Gila, Pemilik Anjing Digesa Pohon Lesen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 05 April 2023 – Pemilik anjing di Sarawak diwajibkan mendapatkan lesen haiwan peliharaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau berdepan dengan hukuman denda.

Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee berkata, kegagalan berbuat demikian membolehkan pemilik anjing dikenakan denda maksimum RM5,000 seperti diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Pelesenan dan Kawalan Anjing 2018.

BACA JUGA: Hujan & Ribut Petir Langgar Beberapa Negeri Sehingga Jumaat Ini

BACA JUGA: Melayu Islam Tidak Pernah Bersikap Angkuh Di Negara Ini – Sekretariat Proklamasi Orang Melayu

BACA JUGA: 4 Hutan Di Kelantan Berisiko Terbakar Kemarau Ini

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pemilik anjing memasang cip mikro sebagai sebahagian daripada program pemvaksinan anjing secara besar-besaran.

“Sebaik sahaja kami bebas daripada penyakit rabies dan sekiranya anjing anda hilang atau diambil oleh PBT, kakitangan yang diberi kuasa akan mengimbas anjing itu untuk mendapatkan nombor cip mikro supaya maklumat pemilik diambil dari pusat data dan membolehkan mengenal pasti anjing serta pemiliknya,” kata Tiang pada Selasa lalu.

Mengulas lanjut, Tiang mengingatkan bahawa semua anjing mesti diberi vaksin setahun sekali, termasuk anak anjing yang berusia lebih empat bulan.

Ini kerana katanya, ia bagi membendung penyakit rabies yang masih berleluasa di Sarawak.

“Hanya dengan mencapai liputan 70 peratus daripada jumlah populasi anjing di Sarawak yang diberi vaksin, kita boleh berharap untuk memutuskan rantaian virus Rabies dan membendung penyakit itu,” katanya.

Setakat ini sebanyak 24,241 anjing berlesen didaftarkan di seluruh Sarawak dengan 2,104 anjing berlesen dipasang cip mikro.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: