MP Bakal Didenda RM1,000 Keluar Kenyataan Seksis, Hinaan – Speaker
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 06 Februari 2023 – Ahli Parlimen bakal berdepan denda RM1,000 malahan digantung sekiranya mengeluarkan kenyataan sinis, seksis atau berbaur perkauman dalam persidangan Dewan Rakyat.
Menurut Speaker Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul, peruntukan denda RM1,000 itu telah pun wujud di bawah Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) namun, ia tidak pernah digunakan.
BACA JUGA: Tamadun Sungai Batu Mempunyai Struktur Bangunan ‘Moden’
BACA JUGA: 4 Punca Kenaikan Harga Sayur – KPDN
BACA JUGA: Krisis ASF Ladang Babi Pulau Pinang, 3 Lagi Dijangkiti
Bukan itu sahaja, Ahli Parlimen yang terlibat juga boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen di mana hukuman maksimum digantung selama enam bulan daripada Parlimen akan dikenakan.
Garis panduan berhubung kenyataan yang menyinggung perasaan juga akan dikeluarkan supaya ia boleh dirujuk oleh Ahli Parlimen, tambahnya lagi.
Mengulas dengan lebih lanjut, mereka yang mengeluarkan kenyataan menyinggung perasaan ini bukan sahaja mengganggu prosiding Parlimen, tetapi mereka juga mencerminkan diri mereka sendiri dan beliau berazam untuk menamatkan kekecohan seperti itu.
Pada 13 Februari ini, Parlimen akan mula bersidang sehingga 30 Mac ini, Isnin hingga Jumaat.
Bagaimanapun pengecualian akan diberikan pada 24 Februari berikutan Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2023 yang baharu.