Antarabangsa

Pesawat Nepal Terhempas, Terburuk Sejak 3 Dekad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KATHMANDU, 16 Januari 2023 – Sebuah pesawat penerbangan domestik, Yeti Airlines dilaporkan terhempas di Pokhara, Nepal mengorbankan sekurang-kurangnya 68 mangsa.

Pesawat berusia 15 tahun yang membawa 72 orang penumpang tersebut dikatakan sempat menghubungi lapangan terbang dari Seti Gorge pada jam 10.50 pagi (0505 GMT) sebelum terhempas.

BACA JUGA: Rimas ‘Dibuli’ EU, Malaysia Boleh Kekang Ekspot Minyak Sawit

BACA JUGA: MAIS Berjaya Pertahan Keislaman Wanita, Mahkamah Sivil Tiada Hak Kata Hakim

BACA JUGA: “Suruh Menteri Ugama Beri Nasihat Kepada Golongan Fanatik Buta”

Ratusan anggota penyelamat ditugaskan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian.

Anggota SAR berdepan kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian dalam gaung antara dua bukit yang terletak berdekatan lapangan terbang bandar pelancongan berkenaan.

“Sebahagian daripada pesawat itu berada di lereng bukit, manakala sebahagian lagi terhempas ke dalam gaung di Sungai Seti,” kata salah seorang saksi insiden berkenaan.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman menunjukkan kepulan asap tebal.

Selain warga tempatan, 15 warga asing turut berada dalam kapal terbang berkenaan membabitkan lima warga India, Russia (empat), Korea Selatan (dua) dan Ireland, Australia, Perancis serta Argentina (masing-masing seorang).

Insiden nahas udara ini disifatkan terburuk sejak tiga dekad lalu di Nepal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: