Tempatan

Perkampungan Haram PATI: Badan Asing Tiada Hak Persoal Isu Kedaulatan Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEGERI SEMBILAN, 08 Februari 2023 – Pihak luar tiada hak untuk menyentuh isu kedaulatan dan undang-undang Malaysia, menurut Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud.

Ia juga termasuklah dalam isu penangkapan serta penahanan pendatang asing tanpa izin, kata beliau yang merujuk kepada sebuah serbuan terhadap penempatan haram minggu lalu di Nilai Spring, Negeri Sembilan.

Beliau berkata sedemikian adalah bagi mengulas kepada laporan sebuah portal berita tempatan yang memetik kepada dakwaan badan bukan kerajaan (NGO), Migrant Care bahawa penempatan yang diserbu pihak berkuasa itu bukanlah “penempatan haram”.

BACA JUGA: Malang Sekali Orang Islam Jadi Jurucakap Perkara Mungkar – Ridhuan Tee

BACA JUGA: Selepas Gempa Teruk, Pelabuhan Turkiye ‘Disambar’ Api Besar

BACA JUGA: Polis Buru Individu Terlibat ‘Rusuhan Ipoh’

Dakwa NGO itu, penempatan itu dibina di atas tanah persendirian dipercayai mempunyai kaitan dengan majikan yang mengupah sekumpulan pekerja Indonesia untuk aktiviti melombong pasir di kawasan itu kira-kira sembilan tahun yang lalu.

Malah, Migrant Care turut menyangkal kenyataan daripada pegawai Malaysia berhubung dakwaan bahawa tahanan telah merancang untuk tinggal secara tetap di negara ini.

NGO itu malah berkata, tahanan tersebut telah pun memperoleh dokumen perjalanan sementara dikenali sebagai “Sijil Perjalanan Laksana Paspor” yang dikeluarkan oleh perwakilan di Indonesia.

Dalam perkembangan berasingan, dakwaan daripada pendatang asing menyatakan bahawa mereka adalah mangsa yang tidak dibayar gaji manakala sekolah yang ditubuhkan di penempatan itu adalah sebagai persediaan untuk anak-anak mereka pulang ke Indonesia.

Bagaimanapun, Khairul tetap dengan pendirian bahawa mereka yang ditahan merupakan warga asing yang berada di Malaysia tanpa kebenaran dan justeru itu, penguatkuasaan harus dilaksanakan.

Pada awal bulan lalu, serbuan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di sebuah hutan di Nilai membongkar keberadaan penempatan haram warga asing.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, penempatan terbabit dipercayai telah lama wujud namun ia baru dikenal pasti.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: