Tempatan

Monkeypox: KKM Sediakan Pelan Strategik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan pelan strategik bagi menghadapi risiko kemasukan monkeypox ke Malaysia berpandukan saranan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Terdapat sembilan langkah yang disenaraikan oleh KKM berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan beberapa hari lalu di media sosial kementerian itu.

BACA: Menakutkan! Syarikat Peribadi Boleh Ubah Suai Rekod Mysejahtera Kita – Boo Su-Lyn

BACA: Tular Dakwaan Mesej Tawar Jual Maklumat Peribadi MySejahtera

BACA: Filipina Tidak Iktiraf Sijil Vaksin Malaysia, Rakyat Malaysia Terkandas

Pelan strategik ini merangkumi aktiviti kesiapsiagaan seperti berikut:

1. Pengedaran Garis Panduan Pengurusan Monkeypox di Malaysia

Garis panduan bagi pengurusan kes monkeypox di Malaysia telah disediakan dan diedarkan pada 23 Mei 2022 kepada semua fasiliti kesihatan. la meliputi:

• Tatacara pengesanan dan notifikasi kes;

• Pengambilan sampel bagi ujian makmal;

• Siasatan dan pengurusan kes serta kontak rapat;

• Langkah-langkah pencegahan dan kawalan; dan

• Pemantauan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Negara.

2. Ujian Pengesanan Monkeypox

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) bersedia untuk menjalankan ujian pengesanan virus monkeypox dalam kalangan manusia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) mempunyai kapasiti untuk menjalankan ujian pengesanan virus penyebab monkeypox dalam kalangan manusia.

3. Kerjasama KKM dengan Institut Penyelidikan Veterinar (VRI)

KKM membantu Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) membangunkan kemampuan untuk menjalankan ujian pengesanan orthopoxviruses bagi tujuan survelan dalam kalangan haiwan.

4. Tingkatkan Kompetensi Petugas Kesihatan

Meningkatkan kompetensi petugas kesihatan untuk mendiagnos dan menguruskan kes monkeypox melalui sesi taklimat yang melibatkan pengamal perubatan kerajaan dan swasta serta anggota kesihatan di Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa dan Makmal Kesihatan Awam.

5. Hospital Bersiap-Sedia Terima Kes Monkeypox

Hospital-hospital dalam keadaan siap-sedia menerima kes yang disyaki monkeypox untuk isolasi dalam tempoh kebolehjangkitan dan rawatan sekiranya perlu.

6. Pesakit, Petugas Kesihatan dan Langkah Pencegahan Serta Kawalan

Memberi penekanan kepada petugas di semua fasiliti kesihatan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan infeksi semasa mengendalikan pesakit.

7. Hebahan Media Mengenai Monkeypox

Hebahan nasihat kesihatan melalui saluran media massa dan media sosial rasmi KKM mengenai penyakit monkeypox, cara penularan jangkitan, langkah-langkah pencegahan serta tindakan yang perlu dilakukan sekiranya disyaki dijangkiti.

8. Sesi Libat Urus KKM Bersama Jabatan Kerajaan Berkaitan

Bagi memperkukuhkan survelan kejadian monkeypox dalam kalangan haiwan, termasuk haiwan import dari luar negara, KKM mengadakan sesi libat urus bersama:

i. Jabatan Perkhidmatan Veterinar;

ii. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara;

iii. Semenanjung Malaysia (PERHILITAN); dan

iv. Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)

“Makmal Kesihatan Awam Veterinar serta makmal Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) juga mempunyai kemampuan makmal untuk menjalankan pengujian mengesan orthopoxviruses dalam kalangan haiwan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham.

“KKM sentiasa bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta PERHILITAN untuk memantau cacar monyet dalam kalangan haiwan liar, termasuk yang diimport dari Afrika dan Eropah,” tambah beliau seperti dalam Berita Harian.

9. Health Alert Monkeypox

KKM akan mengeluarkan Health Alert Monkeypox dalam aplikasi MySejahtera mulai 27 Mei 2022.

Selepas pengembara mengisi borang pra-pelepasan dalam aplikasi MySejahtera, pengembara yang tiba dari negara endemik monkeypox atau dari negara yang melaporkan kes monkeypox akan menerima Health Alert tersebut setiap hari selama 21 hari sebagai peringatan untuk membuat pemantauan kesihatan kendiri.

Dalam kenyataan sama, KKM turut menasihatkan agar pengembara yang tiba dari negara endemik monkeypox atau negara yang melaporkan kes monkeypox untuk membuat pemantauan kendiri dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan.

Sekiranya bergejala, hendaklah segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: