Tempatan

Monkeypox: Elak Kembara Ke Negara Bergejala – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan perjalanan ke luar negara bagi mereka yang bergejala dan berkemungkinan dijangkiti virus monkeypox.

Peringatan ini telah dikemukakan oleh KKM sebagai kesiapsiagaan menghadapi penularan monkeypox di Malaysia berikutan daripada alert yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai wabak tersebut yang berlaku di negara bukan endemik.

KKM juga mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di negara sedang dilanda endemik monkeypox atau di negara yang melaporkan kes monkeypox supaya mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan wabak tersebut.

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang sudah mempunyai gejala dijangkiti wabak ini dinasihatkan oleh KKM untuk segera membuat pemeriksaan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

KKM juga menasihatkan para pengembara yang tiba dari negara endemik monkeypox atau negara yang melaporkan kes monkeypox untuk membuat pemantauan kendiri dan gejala jangkitan monkeypox dalam tempoh 21 hari dari tarikh ketibaan. Sekiranya terdapat sebarang gejala, mereka hendaklah segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

Sebelum ini, media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dihujani desakan daripada ramai netizen yang mahu pihak kerajaan menyekat para warga asing daripada negara-negara yang bergejala.

Virus monkeypox boleh merebak menerusi cecair pernafasan selain boleh dijangkiti mereka yang terdedah secara hampir dengan luka, cecair tubuh dan peralatan yang telah dicemari virus itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Perkhabaran WHO ini agak menyamai apa yang telah dimaklumkan oleh pakar-pakar perubatan pada masa lalu mengenai COVID-19 sewaktu gelombang pertama jangkitan virus itu di peringkat global, bahawa penyakit ini juga boleh dijangkitkan menerusi titisan pernafasan.

Antara gejala cacar monyet yang dilaporkan – demam, sakit kepala dan ruam kulit yang bermula dari muka dan kemudian merebak ke seluruh badan.

Kewujudan penyakit ini pertama kali telah direkodkan di Republik Demokratik Congo pada tahun 1970-an.

Kebanyakan kes yang dilaporkan di sekurang-kurangnya sedozen negara baru-baru ini adalah melibatkan ratusan lelaki muda yang menyebarkan jangkitan wabak monkeypox menerusi aktiviti seks gay dan biseksual mereka, menurut WHO.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: