Antarabangsa

Monkeypox Dikesan Di Arab Saudi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JUMAAT, 15 Julai 2022 – Kementerian Kesihatan Arab Saudi semalam telah mengesahkan kes pertama wabak cacar monyet (monkeypox) di negara berkenaan.

Jelasnya, kes tersebut melibatkan seseorang yang datang dari luar negara ke Riyadh.

Menurutnya, orang yang dijangkiti itu sedang menjalani rawatan perubatan mengikut prosedur kesihatan yang diluluskan.

“Sampel diambil daripada semua orang yang berhubung dengan orang yang dijangkiti untuk ujian makmal dan tiada seorang pun daripada mereka menunjukkan simptom.”

Dalam pada itu, kementerian tersebut berkata, pemantauan dan kerja susulan mengenai perkembangan cacar monyet akan terus dijalankan di samping sebarang kes baharu akan diumumkan dengan telus.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi turut memberi jaminan kesediaan dan keupayaan untuk menangani sebarang perkembangan penyakit itu di negara berkenaan.

Sementara itu, India juga mencatatkan kes pertama cacar monyet apabila seorang lelaki disahkan menghidapi penyakit itu sejak pulang dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Menteri Kesihatan India, Kerala Veena George, lelaki tersebut dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu selepas dia menunjukkan tanda-tanda virus penyakit berkenaan.

“Sampel telah dihantar ke Institut Virologi Kebangsaan untuk ujian dan mendapati lelaki tersebut positif cacar monyet.”

Katanya, lelaki itu mempunyai sejarah hubungan rapat dengan seorang pesakit semasa di luar negara.

Dalam pada itu, Veena memberitahu, selain kru dan 11 penumpang penerbangan, ibu bapa lelaki tersebut dan pemandu teksi dan beca telah diklasifikasi sebagai kontak rapat.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak panik dan menyeru mereka yang mempunyai simptom penyakit tersebut agar segera mendapatkan bantuan kesihatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: