Antarabangsa

Pencerobohan Al-Aqsa: UAE, China Desak Sidang PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 05 Januari 2023 – Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan China mendesak agar sidang mesyuarat Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijalankan dalam kadar segera.

Hal itu susulan kes pencerobohan kawasan Masjidil Aqsa yang dilakukan oleh Menteri Keselamatan rejim haram aparteid Israel, Itamar Ben-Gvir beberapa hari lalu.

BACA JUGA: NGO Malaysia Mengecam Keras Pencerobohan Israel Ke Atas Al-Aqsa

BACA JUGA: Negara Arab Mengutuk Pencerobohan Menteri Kanan Netanyahu ke Masjidil Aqsa

BACA JUGA: Menteri Kanan Netanyahu Ceroboh Masjid Al-Aqsa

Tindakan Itamar Ben-Gvir itu telah mendapat kecaman hebat dari seluruh dunia seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi, Turki, UAE dan pasukan perjuangan negara Palestin dan juga negara Barat Amerika Syarikat.

Lawatan Ben-Gvir ke tapak suci itu dikatakan mendapat kawalan ketat pasukan keselamatan sekali gus mencetuskan gelombang kecaman susulan tindakannya yang dilihat melanggar terang-terangan kesucian Masjidil Aqsa.

Dalam pada itu, ketua pembangkang dan bekas Perdana Menteri rejim haram aparteid Israel, Yair Lapid telah memberi amaran bahawa rancangan kemasukan Ben-Gvir itu bakal membawa kepada sentimen keganasan dan menyebutnya sebagai “provokasi yang disengajakan dan akan membahayakan nyawa.

Selain itu, jurucakap Majlis Keselamatan White House yang merupakan sekutu Israel menyatakan rasa gusar mereka dengan berkata, “Kami bimbang dengan sebarang tindakan unilateral yang berpotensi memburukkan lagi ketegangan kerana kami mahu melihat perkara yang sebaliknya berlaku.”

“Amerika Syarikat berpegang teguh untuk memelihara status quo tapak suci di Baitulmuqaddis. Sebarang tindakan unilateral yang menjejaskan status quo tidak boleh diterima,” tegasnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: