Tempatan

Malaysia Negara Ke-5 Tertinggi di Asia Pasifik Edar E-Mel Hasad – Kaspersky

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 – Syarikat keselamatan siber global, Kaspersky mendedahkan bahawa Malaysia berada di tangga kelima tertinggi mengedar e-mel hasad (malicious email) di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC).

Menurut Noushin Shabab, Penyelidik Keselamatan Kanan Pasukan Penyelidikan dan Analisis Global Kaspersky (GReAT), rantau APAC dikesan menyumbang hampir 24 peratus daripada jumlah e-mel berniat jahat (hasad) global.

“APAC mempunyai hampir 60 peratus daripada populasi dunia.”

Ini bermakna terdapat lebih ramai berpotensi menjadi mangsa ‘scammer’ (sindiket penipuan) di rantau ini berbanding rantau lain di dunia,” tambah beliau ketika menyampaikan perbentangan di ‘8th APAC Cyber Security Weekend Kaspersky’ di Phuket, petang semalam.

Difahamkan selain Malaysia, Vietnam, Jepun, Indonesia dan Taiwan adalah antara negara teratas di APAC yang mengumpul 61.1 peratus daripada jumlah e-mel berkenaan.

Vietnam mendahului senarai e-mel spam paling banyak dikesan dengan jumlah 3.09 juta e-mel diikuti oleh Malaysia (2.36 juta), Jepun (1.86 juta), Indonesia (1.80 juta) dan Taiwan (1.45 juta).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: