Surat Pembaca

Betulkah KJ Benar-Benar Bersih Dari Isu MySejahtera?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Saudara Pengarang,

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai isu penjualan MySejahtera kepada sebuah syarikat swasta selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan memberikan penjelasan, mengapa mereka mengambil keputusan untuk menjual aplikasi MySejahtera kepada syarikat swasta daripada membenarkan aplikasi itu di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Namun, perkara itu segera dinafikan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang menyatakan, aplikasi MySejahtera dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai pemilik utama.

Ujarnya, segala data yang diterima aplikasi itu juga merupakan milik kerajaan dan KKM.

Menurut Anwar Ibrahim yang merujuk kepada data daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), KPISoft Malaysia Sdn Bhd, syarikat membangunkan MySejahtera, dimiliki 100% syarikat berpangkalan di Singapura, Entomo Pte Ltd.

Perkara ini membimbangkan kerana kerajaan telah melibatkan entiti asing tanpa kontrak atas tujuan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membangun dan mengurus perisian yang mengumpul data peribadi dan sensitif rakyat negara ini.

Isu ini sebelum itu dibangkitkan oleh sidang Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) pada 24 Mac 2022 yang mempersoalkan pengambilalihan MySejahtera oleh MySJ Sdn Bhd daripada KPISoft, atau kini dikenali sebagai Entomo Malaysia.

Berikutan itu, orang awam mula merasa panik dan risau, lebih-lebih lagi selepas tular di media sosial dakwaan mengenai data peribadi dari aplikasi MySejahtera ditawarkan untuk dijual oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Atas sebab itu, orang awam menuntut Menteri Kesihatan memberi jawapan tentang isu ini.

Namun, menurut Boo Su-Lyn yang juga merupakan Ketua Editor CodeBlue, apa yang terjadi dengan MySejahtera bukannya kesalahan Khairy Jamaluddin (KJ).

“Apa pun yang berlaku dengan MySejahtera bukan salah KJ,” kata Boo Su-Lyn dalam Twitternya.

“Malah, beliau memberitahu sidang akhbar hari ini bahawa selepas menjadi Menteri Kesihatan Ogos lalu, dan beliau mendapati tiada kontrak antara kerajaan & KPISoft untuk MySejahtera, beliau mengambil tindakan untuk membuat kontrak,” tambahnya.

Boo Su-Lyn turut menyertakan ciapan Azrul Mohd Khaleb, CEO Galen Centre.

“Fakta: MySejahtera dibangunkan sebelum KJ menjadi Menteri Kesihatan, oleh individu sebelumnya, Adham Baba.”

“Jangan biarkan kebencian membutakan fakta,” ujar Azrul.

Yang menjadi pertikaian orang awam adalah, mantan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba sebelum ini pernah menyatakan bahawa aplikasi MySejahtera dibangunkan melalui kerjasama antaranya dengan Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI).

Jawatan menteri MOSTI pada waktu itu dipegang oleh Khairy Jamaluddin.

“Pelancaran Aplikasi 𝗠𝘆𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮. Bagi memastikan keberkesanan pengurusan penularan jangkitan wabak ini, aplikasi 𝗠𝘆𝗦𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮 dibangunkan melalui kerjasama strategik Kementerian Kesihatan dengan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) & Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU),” kata Dr Adham Baba dalam Twitternya pada 21 April 2020.

Khairy Jamaluddin juga, menurut laman web MOSTI sendiri menghadiri Majlis PraPelancaran aplikasi MySejahtera sehari sebelum itu.

Terkini, Malaysian Insight melaporkan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat pembangunan dan perolehan aplikasi MySejahtera mulai pertengahan bulan depan.

Pengerusi PAC, Wong Kah Who menyatakan, sebagai permulaan pihaknya akan memanggil Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk memberi keterangan dan penjelasan kepada PAC.

-Amina Haris-
Pengguna tegar MySejahtera yang sudah lengkap 4 dos

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: