Tempatan

Faham Erti Sengsara & Derita, PM Tak Minat Korek Kisah Lampau

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Dalam perjumpaan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berminat untuk mengorek kisah lampau yang berlaku dalam pentadbiran awam sebelum ini.

“Saya harap saudara bekerja dan hormati disiplin, jika saudara lihat ada kelonggaran, kecuaian sebelumnya itu sejarah lampau, bukan maksud saya untuk mengorek kisah lama, tidak saya tidak berminat, saya tahu apa erti derita dan sengsara, tetapi yang penting adalah ke depan,” katanya.

Baginya, apa yang lebih utama ketika ini adalah mengembalikan imej perkhidmatan awam yang kian merosot, ke tahap lebih tinggi.

“Keadaan mesti berubah, berubahnya itu dari pimpinan termasuk perkhidmatan awam dan pimpinan di kementerian, jabatan yang harus menerima kenyataan supaya saya tidak tidak terlalu runsing hadapi masalah dalam kalangan penjawat awam.”

Mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau sebagai ejen Israel, Anwar menegaskan beliau enggan mengendahkan tuduhan melampau itu.

“Dalam beberapa hari ini saya tak peduli (ada pihak) fitnah (saya) ejen Israel la, saya tak peduli. Saya nak tumpu soal kerja. Kalau soal ejen ni, saudara tahu, saya ejen banyak negara, ejen Amerika, Israel, India, Turki jadi saya mengatasi 007 dalam banyak hal,” katanya berseloroh.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata Anwar sudah mengarahkan polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan fitnah mengaitkan beliau bertindak sebagai ejen Israel.

“Namun, saya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai laporan polis itu,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: