Ekonomi

Modern Monetary Theory Berbahaya! – Dato’ Dr Ramalan Yunus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Bismillah : MMT Ini Bahaya !

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Ada komen yang menarik perhatian saya dari seorang sahabat bila saya menulis tentang MMT atau Modern Monetary Theory.

MMT ini bahaya, menurut pandangan beliau.

Memang betul. Saya tidak menafikan kenyataan beliau itu.

MMT memang bahaya!

Buktinya lihatlah sekarang apa yang berlaku kepada dunia apabila US Dollar menjadi World Single Reserve Currency dan sistem perbankan mengamalkan fractional reserve banking system dan sistem kewangan dunia dikawal sepenuhnya oleh Para Elit Global.

Ia mencipta gelembung ekonomi yang dikenali sebagai inflasi yang akan mencipta krisis kewangan setiap 10 tahun dan 100 tahun sekali.

Apabila gelembung ekonomi itu sudah terlalu besar dan tidak boleh dikawal lagi maka ia harus diletupkan.

Inilah tujuan sebenar kemunculan Plandemik COVID-19. Untuk meletupkan gelembung ekonomi yang paling besar dalam sejarah moden manusia.

Aktiviti ekonomi di seluruh dunia terpaksa dilumpuhkan untuk meletupkan gelembung ekonomi tersebut dengan menggunakan kaedah lockdown setelah seluruh dunia ditakut-takutkan dengan virus COVID-19 yang kononnya sangat mematikan.

Propaganda media menyatakan bahawa Virus COVID-19 yang berterbangan di udara mudah menjangkiti manusia. Dan boleh menyebabkan kematian dengan kadar segera.

Dan kita akan dapat menyaksikan banyak mayat-mayat yang akan bergelimpangan di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Betul ke?

Ada sesiapa yang melihat mayat-mayat bergelimpangan baik di Malaysia mahu pun di seluruh dunia?

Satu dunia tertipu dengan sandiwara Para Elit Global.

MMT memang bahaya !

Satu lagi contoh, lihat juga apa yang telah berlaku kepada ekonomi Sri Lanka.

Ekonomi Sri Lanka tumbang kerana menghadapi krisis matawang yang berpunca dari kegagalan pelaksanaan dasar monetization of debts Sri Lanka.

Sri Lanka adalah satu-satunya negara yang secara rasmi mengimplementasikan dasar-dasar ekonomi dan kewangan yang diadvokasi oleh pakar-pakar MMT.

Kadar inflasi meningkat mendadak sehingga lima kali ganda hanya dalam tempoh 3 tahun sahaja kerana tidak disokong dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Fenomena ini berlaku kerana Sri Lanka menggunakan hutang untuk membiayai perbelanjaan negara.

Hutang sepatutnya digunakan untuk membangunkan dan mengembangkan ekonomi atau sumber pendapatan Sri Lanka.

Jadi ini bermakna Sri Lanka telah menggunakan hutang dengan cara yang salah.

Itu kisah Sri Lanka. Dan saya kira apa yang berlaku di Malaysia juga tidak jauh berbeza.

Menggunakan hutang untuk membiayai gaya hidup bukan membangun sumber pendapatan.

Lalu kalau MMT ini bahaya kenapa saya promosikan MMT ?

Kalau merujuk kepada nota-nota saya yang lepas, saya sebenarnya mempromosikan satu formula yang telah berjaya digunakan oleh China dalam tempoh 40 tahun ini. Bukan sekadar MMT.

Tetapi adalah satu formula yang menggabungkan MMT + Geo Politic + Geo Economy + Geo Strategy.

Formula ini yang akan menggantikan old economic school of thought yang dipelopori oleh Adam Smith dan John Maynard Keynes.

Dalam pemerhatian saya, dalam tempoh 40 tahun dengan menggunakan formula ini, China telah berjaya mengeluarkan 800 juta rakyatnya dari paras kemiskinan dan menjadikan mereka golongan pertengahan.

Dan dalam tempoh 40 tahun juga China telah berjaya menyaingi kuasa ekonomi dan Militari Amerika.

Dan menjelang tahun 2030 saya menjangkakan bahawa China akan menjadi kuasa ekonomi dan militari terbesar dunia.

BRICS yang dipimpin oleh China bersama Rusia akan menjadi blok perdagangan terbesar dunia menjelang 2050.

Perang dunia ketiga yang sebenar adalah perang ekonomi, kewangan dan monetari. Bukan perang militari.

Kesimpulan saya, MMT bahaya atau tidak bergantung kepada bagaimana ia diaplikasikan.

Dan persoalan yang lebih penting di sini adalah, sama ada kita mahu terus dikuasai dan dijadikan seperti lembu yang dicucuk hidungnya oleh Para Elit Global atau mahu membina counter narrative dan bersaing dengan mereka ?

Kenapa kita tidak berusaha untuk bangkit menjadi kuasa ketiga selepas NATO dan BRICS sebagaimana Islam bangkit di tengah-tengah Empayar Rom dan Parsi ?

Inilah masanya kalau Islam mahu bangkit. The great crisis comes with the great opportunity.

Sistem Monetari, Kewangan dan Perdagangan Islam perlu dibangunkan segera.

Ini kerana MMT memang bahaya. MMT dan Riba’ sedang menghancurkan kemanusiaan dan kehidupan.

Jadi kalau bukan sekarang, bila lagi ?

So play smart. Don’t play safe.

Apa pun tepuk dada tanya selera masing-masing.

Malu bertanya sesat jalan.

Saya sekadar mengingatkan sahaja.

Al Fakir Ilallah

Dato’ Dr Ramalan Yunus
Penganalisis Politik Dan Ekonomi Bebas

PAUTAN ASAL: FB Mohd Ramalan Yunus

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: