Tempatan

Hak Pondan Ke Masjid. Bukan Islam Berhak Masuk Campur? – S Thayaparan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 05 Oktober 2021 – Kolumnis Malaysiakini, S Thayaparan menyentuh isu mak nyah dilarang masuk ke masjid, mempersoalkan hak orang bukan Islam yang selama ini tidak dibenarkan masuk campur dalam urusan agama Islam.

Persoalan ini dibangkitkan beliau dalam penulisan berjudul “Should non-Muslims care about transgender mosque bans?” yang disiarkan dalam kolumnya di portal Malaysiakini.

S Thayaparan menegaskan, “Tiada sesiapa berhak untuk memberitahu orang lain bagaimana untuk mengamalkan agamanya, termasuklah kerajaan yang perundangan agamanya memberi kesan implikasi penting terhadap semua rakyat negara itu.”

“Kita bersuara bagi mereka yang tidak mampu, kita sokong mereka yang disasarkan secara tidak adil dan mereka yang tidak mempunyai pilihan untuk terima atau tolak dogma agama yang ditentukan oleh pihak kerajaan.”

“Apabila kita menentang amalan tertentu kerajaan yang kita kira sebagai tidak bermoral atau korup, kita lakukan sebagai rakyat negara. Prinsip yang sama juga digunakan ke atas amalan agama yang tertentu.”

Menurut pesara tentera itu lagi, ada keperluan bagi mereka yang bukan Islam untuk bersuara dalam isu umat Islam kerana ia juga akan memberi kesan terhadap bukan Islam.

“Sekiranya komuniti tidak dapat bersatu untuk melawan ketidakadilan atau prejudis, hanya kerana ia ditafsirkan sebagai perintah agama, maka tidak adalah lagi harapan untuk perubahan,” katanya.

Menurut beliau, hakikatnya kebiasaannya larangan terhadap umat Islam “sentiasa memberi kesan kepada orang-orang bukan Islam”.

Sambungnya lagi, “Dengan kata lain, ini bukan mengenai haram atau halal bagi orang-orang Islam tetapi apa yang haram dan halal kepada semua orang.”

Disebabkan masyarakat bukan Islam akan terkesan dengan arahan pihak berkuasa kepada umat Islam, menurut beliau, idea yang mengatakan bahawa mereka tidak perlu ambil berat tentang apa yang berlaku kepada umat Islam adalah “merepek”.

Beliau turut merujuk kepada kenyataan lama yang dibuat oleh mantan Timbalan Menteri Agama, Asyraf Wajdi Dusuki dan mantan Menteri Agama, Mujahid Rawa dalam isu LGBT untuk digunakan sebagai contoh menyokong isu yang dibangkitkannya.

Menurutnya, idea bahawa bukan Islam “seharusnya tidak menyentuh” isu-isu Islam, telah digunakan untuk mendiamkan kritikan undang-undang yang tidak adil dan tindakan birokratik yang dibuat atas nama solidariti kaum dan agama.

Menggunakan terma ‘balkinisasi’, S Thayaparan menganggap proses pemisahan ini akan memberikan kesan kepada semua pihak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: