Tempatan

‘Misteri Kematian Mistik’ Lubuk Yu Jangan Berulang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

PAHANG, 27 Disember 2021 – Kementerian Kesihatan mengeluarkan amaran berkenaan risiko penyakit semasa bencana banjir dan pasca banjir.

Penyakit berjangkit seperti leptospirosis boleh menjangkiti mangsa melalui kontak dengan air yang tercemar bakteria Leptospira.

Bakteria ini terdapat dalam air kencing haiwan antaranya seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kuda, babi dan kambing.

Mangsa boleh dijangkiti melalui kontak langsung dengan air tercemar ataupun/dan mengambil makanan dan minuman tercemar.

Peringatan ini mengingatkan ramai pihak dengan peristiwa 7 orang anggota keselamatan yang terlibat dalam misi bantuan di Lubuk Yu, Maran, Pahang pada 2010.

Operasi itu digerakkan bagi mencari seorang mangsa lemas pada 26 hingga 30 Jun 2010.

Pada mulanya ramai mengaitkan dengan kejadian mistik sehinggalah kesemua mereka disahkan maut akibat jangkitan Melioidosis (jangkitan tanah tercemar) dan Leptospirosis (air kencing tikus)

Untuk pengetahuan, kuman-kuman ini banyak membiak di tanah berlumpur dan air yang tercemar.

Dilaporkan juga terdapat kejadian sukarelawan banjir yang meninggal dunia akibat jangkitan Leptosirosis sewaktu kejadian banjir besar di Kelantan pada tahun 2014.

Berikutan itu, sukarelawan dan mangsa banjir digalakkan untuk mengambil antibiotik seperti Doxycycline seminggu sekali sebagai langkah pencegahan selain memakai pakaian dan kasut bersesuaian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: