Antarabangsa

Parti Baharu Bakal Bertanding Di Parlimen Eropah, “Proksi” Erdogan – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ANKARA, 30 Januari 2024 – Media Bild telah membuat kenyataan bahawa ‘Justice and Development Party’ (AKP) mempunyai kaitan dengan sebuah organisasi yang berpusat di Jerman yang akan bertanding pada pemilihan di Parlimen Eropah pada Jun tahun ini.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh media tersebut pada Ahad lalu, di mana ianya menyatakan bahawa Democratic Alliance for Diversity and Awakening (DAVA) sebagai “cabang terbaharu bagi parti AKP.

Pada Julai tahun lalu, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan telah membuat kenyataan mengenai proses penyertaan Turki ke dalam Kesatuan Eropah (EU) yang telah ditangguhkan selama bertahun-tahun sejak proses permohonan kemasukan semula dibuat pada tahun 1987.

Hubungan Turki dan Barat telah menjadi keruh sejak awal tahun lalu setelah berlakunya siri kejadian pembakaran mushaf Al-Quran oleh para aktivis pelampau Eropah yang dilakukan di luar konsulat Turki di Stockholm.

Berikutan kejadian pembakaran tersebut, Erdogan telah menuntut agar pihak berkuasa Eropah mengambil tindakan terhadap pelaku perbuatan itu.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook yang ditulis oleh pengerusi DAVA, Teyfik Oezcan telah mengumumkan bahawa parti tersebut “menzahirkan organisasi mereka sebagai tempat bagi rakyat-rakyat yang tidak diwakili oleh parti-parti yang sudah tertubuh.”

Ujarnya lagi, nasionalisme dan rasisme anti-Muslim telah mewujudkan keadaan di mana mereka yang berasal dari luar merasa tidak diterima sebagai ahli yang bernilai penuh dalam masyarakat Eropah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: