“Misogoni Melampau” Akan Dikelaskan Sebagai Terrorisme Di UK
SABTU, 24 Ogos 2024 – Misogoni melampau di United Kingdom (UK) akan dilayan setaraf dengan kelompok yang dikelaskan sebagai Islamis serta ekstremisme jalur kanan di bawah rancangan terkini kerajaan UK yang berkaitan dengan strategi negara tersebut dalam melawan terrorisme.
Perkara tersebut telah dilaporkan oleh media Sunday Telegraph, yang mana tindakan yang bakal diambil itu adalah tindak balas terhadap peningkatan keganasan terhadap wanita di Britain.
Setiausaha Negara UK, Yvette Cooper telah mengarahkan diadakan ulasan bagi strategi untuk melawan keganasan terhadap wanita dewasa dan remaja wanita disebabkan kebimbangan berikutan undang-undang yang diamalkan kini adalah terlalu sempit.
Dokumen panduan yang dikemas kini itu adalah dijangkakan akan mewajibkan para guru untuk melaporkan akan murid yang mereka anggap sebagai tergolong dalam kelompok yang berpandangan misogoni melampau kepada program melawan keganasan oleh kerajaan, yang dikenali sebagai ‘Prevent’.
Buat masa ini, para guru, ahli perubatan serta pihak berkuasa tempatan diwajibkan untuk mengesyorkan sesiapa sahaja yang mereka rasakan sebagai berpotensi untuk menjadi radikal untuk disertakan ke dalam program tersebut.
Ulasan menyeluruh bagi program Prevent itu dianggarkan akan disempurnakan seawall musim luruh tahun ini yang akan memberi tumpuan terhadap pendekatan strategik yang melibatkan kerjasama rapat di antara kerajaan dan komuniti.