Tempatan

MIROS Usaha Sistem MyCINTA, Bendung Kanak-Kanak Terlupa Dalam Kereta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Julai 2024 – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang dalam usaha untuk pembangunan sistem MyCINTA bagi membendung insiden terlupa kanak-kanak di dalam kereta.

“Sasaran 2024-2025 berhubung sistem MyCINTA adalah untuk melengkapkan proses penyempurnaan reka bentuk bagi meningkatkan keupayaan sistem dari segi perkakasan dan pengaturcaraan,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Menurut beliau, sistem MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System (MyCINTA) dijangka menjalani penyempurnaan reka bentuk tahun ini.

Beliau turut menambah, sistem tersebut perlu menjalani ujian pematuhan standard dan peraturan, jaminan kualiti dan pensijilan berkaitan sebelum ia boleh digunakan secara meluas.

Prototaip sistem berkenaan dikatakan telah dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan melalui MIROS pada tahun 2023 yang mana ia mempunyai keupayaan untuk mengesan kehadiran kanak-kanak di dalam kenderaan sebaik sahaja enjin dimatikan.

Amaran automatik akan dikeluarkan kepada pemandu atau kontak kecemasan melalui panggilan telefon atau aplikasi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: