Antarabangsa

Jururawat Muslim Singapura Dibenarkan Pakai Tudung

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

SINGAPURA, 30 Ogos 2021 – Singapura membenarkan jururawat beragama Islam yang bekerja dalam sektor kesihatan awam memakai tudung ketika menyarung seragam mulai November ini.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong sewaktu berucap sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) 2021 hari ini.

“Saya harap keputusan ini akan diterima semua pihak dengan semangat yang betul, dalam usaha memperkukuh iltizam bersama kita dalam masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura.”

Jururawat Muslim Singapura sebelum ini tidak dibenarkan mengenakan tudung ketika bertugas atas faktor kawalan jangkitan.

“Dasar perkhidmatan awam mengenai uniform tidak boleh condong kepada mana-mana kepercayaan agama tertentu,” kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli pada Mac lalu.

“Pendirian sekular pemerintah kita secara konsisten jelas dalam penggubalan dasar. Inilah pendekatan kami walaupun ketika mengendalikan permintaan-permintaan dari kumpulan-kumpulan agama berbeza terutama jika ia menjejas ruang bersama kita,”

Hsien Loong menambah, isu tudung adalah isu negara.

“Ia bukan sahaja membabitkan orang Islam.”

“Kami memantau secara menyeluruh dan mendapati interaksi antara kaum kekal mesra. Bukan Islam semakin terbiasa dan dapat menerima wanita Islam memakai tudung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: