Tempatan

Minuman Isotonik Bagi Hilang Demam Hanyalah Mitos

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 30 Oktober 2022 – Kaitan antara minuman isotonik sebagai rawatan terbaik dalam melegakan demam hanyalah mitos semata-mata, menurut Penasihat dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus.

Menurut beliau, bukan hanya sekadar mitos, tetapi pengambilan minuman isotonik itu juga berpotensi dalam memberi kesan buruk terhadap kesihatan diri susulan kandungan gula yang tinggi.

Jelasnya, ramai pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami ‘Hyperglycaemic Crisis’ iaitu kandungan gula terlalu tinggi dalam badan sehingga mengakibatkan komplikasi.

Malah, beliau berkata terdapat juga sesetengah individu yang mengamalkan minum minuman isotonik setiap hari bagi mencegah daripada demam.

“Ini dah terpesong jauh dah. Ramai pula beritahu ini benda yang mereka amalkan apabila demam.”

“Dekat rumah dah ada stok berbotol-botol air isotonik. Berlari dan bersukan pun tak, teguk isotonik macam masuk ‘Iron Man,” ujarnya.

Susulan itu, kepada individu-individu yang hendak menyembuhkan demam tidak perlu untuk mengambil minuman tersebut kerana ia bukanlah ubat bagi merawat penyakit itu, katanya.

“Jika ada dehidrasi atau badan kurang air disebabkan cirit-birit dan muntah, cari ‘Oral Dehydration Salt’. Seeloknya dapatkan dahulu nasihat doktor.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: