Tempatan

Minuman Daripada Dua Syarikat Arak Di Rak Minuman Halal?

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2022 – Satu akaun Twitter memuat naik hantaran meminta orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli minuman di sebuah rangkaian kedai serbaneka terkenal kerana terdapat dua jenis minuman keluaran dua syarikat arak terkenal diletakkan di rak minuman halal.

“Dua air ini diletak di tempat air yang halal… Sedangkan kedua-duanya dikilangkan di syarikat arak yang terkenal, Heineken dan Carlsberg dan kedua-duanya tak ada cop Halal,” kata seorang pengguna media sosial.

Menyertakan gambar minuman tersebut dihantarannya, @TweetIslamik memaklumkan kedua-dua minuman tersebut adalah keluaran dua syarikat arak berdasarkan informasi dari tin minuman tersebut.

Malta dari syarikat Heineken dan Nutri Malt dari syarikat Carlsberg.”

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, masih ramai yang tidak mengetahui status kedua-dua air tersebut dengan beranggapan bahawa ianya halal kerana tidak mengandungi alkohol.

“Lah kan tak ada alkohol. Buat teruk lah. Aku pun tak suka air ini tak sedap. Senang cerita pendapat masing-masing. Nak minum ikut suka sebab tak ada alkohol pun tak mabuk. Kalau was-was tak payah minum,” kata @roziana_rahim.

“Bruhhh air ni tak ada alkohol. Nak minum sila. Was-was haram. Tapi memang tak sedap pun air ini,” kata @IzharBSulaiman pula.

Sebelum ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan kenyataan berkenaan status minuman tidak beralkohol yang dikeluarkan oleh syarikat arak tersebut.

“Oleh itu, kami amat bersetuju dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-19 pada tahun 1987 berkenaan produk Malta Guiness yang antara lain menetapkan bahawa:

“Jawatankuasa fatwa tidak wajar mengisyhtiharkan minuman Guiness Malta ini halal, walaupun pada hakikatnya (kandungan) minuman ini halal kerana ditakuti menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: