Tempatan

‘Mi Suci’ Tertera Ayat Buddha Dijual Di Jepun

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JEPUN, 12 September 2022 – Sebuah restoran di bandar Ota yang terletak di wilayah Gunma menjadi terkenal selepas memperkenalkan mi yang tertera kaligrafi ayat Buddha di atasnya, menurut portal berita tempatan.

Mi yang digelar ‘mi suci’ itu bagaimanapun hanya dijual kepada para pengunjung sahaja malah mereka perlu memasaknya sendiri di rumah bagi menikmati makanan tersebut.

Menurut portal berkenaan, biarpun sudah dimasak, tulisan kaligrafi tersebut yang ditulis menggunakan dakwat buluh tetap kekal dan boleh dibaca sewaktu menjamunya.

Permukaan mi itu ditulis dengan kaligrafi kitab Buddha di atas permukaannya menggunakan dakwat yang boleh dimakan serta dipotong dalam bentuk segi empat sama.

Kebiasaannya, kaligrafi itu diberikan kepada para pengunjung yang hadir ke tokong oleh para sami dengan menggunakan kertas, namun pihak restoran memperoleh inspirasi untuk menyediakannya dalam bentuk mi.

Kaligrafi itu juga sering dibacakan oleh sami dalam majlis pengebumian atau ketika bertapa.

Mi itu mengandungi 260 patah perkataan kitab Buddha bagi setiap bungkus dan dijual pada harga RM54 untuk tiga bungkus.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: