Tempatan

Mi Segera Perisa Daging Babi Untuk Penderma Darah, Polis Buka Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BATU PAHAT, 28 Jun 2022 – Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas penderma darah di sebuah program menderma darah di Batu Pahat, Johor, menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

“Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam,” kata Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah seperti dalam Berita Harian.

Selepas selesai menderma darah, NGO berkenaan kemudiannya memberi cenderahati kepada penderma darah yang terlibat dalam program pada hari Ahad itu.

“Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang,” tambah Asisten Komisioner Ismail Dollah.

Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit.

Individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: