Antarabangsa

MH17: Keputusan 4 Defendan Khamis Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMSTERDAM, 14 November 2022 – Mahkamah Daerah The Hague, Belanda telah menjadualkan penghakiman kes jenayah MH17 di Kompleks Kehakiman Schiphol (JCS) di Badhoevedorp (Belanda) pada hari Khamis, 17 November 2022 ini.

Sebagai pemain utama dalam siasatan dan semua kerja penyiasatan seterusnya, Belanda kini dijangka memberikan keputusan muktamadnya, menamatkan penantian yang menyakitkan untuk keluarga mangsa selama bertahun-tahun, lapor portal antarabangsa.

Empat defendan didakwa itu terdiri daripada tiga warganegara Rusia dan seorang warga Ukraine.

Mereka termasuk:

i. Igor Girkin – Bekas Kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) dan Menteri Pertahanan dari Republik Rakyat Donetsk (DPR) pada masa penembakan;

ii. Sergey Dubinsky – Bekas pegawai perisikan tentera Rusia, GRU. Dubinsky ialah timbalan Girkin dan ketua perisikan DPR;

iii. Oleg Pulatov – Bekas Pegawai GRU Rusia dan timbalan Dubinsky;

iv. Leonid Kharchenko – seorang warga Ukraine yang, pada masa serangan, mengetuai unit tempur DPR dan menerima arahan.

Keempat-empat lelaki itu dituduh membunuh, dengan pertuduhan lanjut di bawah artikel 168 Kanun Jenayah Belanda yang menjenayahkan kerosakan yang disengajakan dan menyalahi undang-undang ke atas pesawat. Pihak pendakwaan menggesa hukuman penjara seumur hidup bagi setiap defendan.

Sehingga kini, keempat-empat tertuduh berkenaan ‘masih bebas’ dan enggan menghadiri perbicaraan yang sudah berlangsung selama dua tahun setengah di Belanda.

MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu yang didakwa dibekalkan oleh Moscow di ruang udara Ukraine pada 17 Julai 2014 sekali gus mengorbankan 298 nyawa penumpang termasuk kru dalam pesawat Boeing 777 yang melakukan perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: