METMalaysia Keluarkan Nasihat Taufan Doksuri
KUALA LUMPUR, 24 Julai 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan nasihat mengenai taufan Doksuri yang berada di kedudukan 1,394 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah.
Menurut kenyataan jabatan itu, taufan itu kini berada di kedudukan kira-kira 430km ke timur laut Pulau Samar, Filipina.
BACA JUGA: Selaras Modul Pendidikan Tahfiz, Madrasah Melalui SPM Atau STAM
BACA JUGA: AWAS Tanah Mendap: Jalan Keluar Dari Forest City Ditutup Sepenuhnya
BACA JUGA: Jenazah Salahuddin Ayub Dikebumi Tengahari Ini
Katanya, taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 15km/j dan kelajuan angin boleh mencapai maksimum 130km/j berdasarkan pencerapan pada 5 pagi tadi.
METMalaysia bagaimanapun berkata taufan Doksuri tidak menimbulkan sebarang ancaman besar kepada Malaysia.
Dalam pada itu, jabatan itu juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora ketegori pertama yang dijangka berlarutan sehingga 30 Julai ini.
Angin kencang barat berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket, timur laut Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan, Palawan dan Sulu.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut,” kata jabatan itu.